top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

" Amar nam syafiq... nam? "

Perkongsian dari aktivis kemanusiaan Rohingya, Saudara Syafiq Syahmi Sazali.

Ketika berehat di hotel sebelum meneruskan misi bantuan keesokkan harinya di kem pelarian, saya cuba mencari ayat-ayat ringkas dalam bahasa Bangladesh yang saya boleh gunakan untuk bercakap dengan saudara rohingya..


Alhamdulillah, saya berjayalah hafal beberapa ayat, antaranya nama saya syafiq, nama awak, saya umur 26 tahun dan lain-lain lagi..


Tapi rupa-rupanya bila turun ke lapangan, majoriti saudara Rohingya tidak faham bahasa Bangladesh. Ada yang faham bila saya tanya nama, tapi malu-malu nak jawab...


Saya cuba juga bercakap bahasa arab, mujur belajar masa kat UPM dulu. Alhamdulillah, orang-orang tua Rohingya faham dan dapat komunikasi baik bila guna bahasa arab...


Ketika saya berjalan di sekitar kem pelarian rohingya, sebahagian kanak-kanak tegur dengan ucapan,

" how are you..." " bye... "


Saya agak-agak, mereka belajar ayat-ayat ini ketika NGO lain datang ke sini beri bantuan. Mungkin ramai NGO yang datang, dan ucap perkataan yang sama, akhirnya mereka boleh berbicara sedikit ucapan tersebut...

Saya bila ditegur begitu, saya jawab, " Assalamualaikum... "


Lalu sebahagian dari mereka sambil tersenyum jawab, " waalaikumussalam... "


Saya datang hampiri mereka, dan bila saya perkenalkan diri saya, " amar nam Syafiq... nam? ".


Kanak-kanak yang saya hampiri terkejut sebab dengar saya boleh berbahasa Bangladesh. Ada yang dah lari ke tempat lain sebab malu-malu...

Menariknya, rakan NGO di kem pelarian bagitahu pada saya, rupa-rupanya nama Syafiq adalah nama glamour dalam kalangan etnik Rohingya..

Terkejut juga saya... Ingatkan kat Malaysia je masa zaman 90an... Rupanya kat kalangan Rohingya juga...


Di dalam kem tiada sekolah seperti di Malaysia. Satu kem lebih dari 150 ribu pelarian rohingya, sedangkan di dalamnya hanya ada 1 atau 2 madrasah yang mampu buat 50 - 100 dalam satu masa sahaja..


Doakan kami agar misi ini berjaya..


Selepas perbincangan dengan wakil Yayasan Ikhlas di sana, kita cadang untuk banyakkan lagi madrasah dan susun sistem pendidikan bagi pembangunan pendidikan anak-anak rohingya.

Mereka akan dididik dengan ilmu matematik, bahasa arab dan english, sejarah, tauhid dan aqidah. Perancangannya, usaha ini akan dijalankan sendiri oleh orang Rohingya yang dipilih dan dibayar elaun bulanan sebagai pengajar...

Moga segala usaha diberkati Allah, insyaAllah...

3 views0 comments

NEWS

bottom of page