top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

Ikan kering Laitta untuk Rohingya

Perkongsian dari Aktivis Kemanusiaan Rohingya, Saudara Syafiq Syahmi Sazali


Setiap kali perjalanan kami ke kem pelarian Rohingya, kami bersiap sedia untuk tidak makan tengah hari. Waktu makan malam pun kami tidak pasti jam berapa...


Jadi bila waktu sarapan, kami akan ambil amaun makanan yang banyak untuk menjadi bekalan tenaga mendaki bukit dan meredah kawasan kem pelarian...


Kalau boleh saya nak tidur je kat dalam kem, tinggal bersama saudara Rohingya, tapi Ustaz Sayed yang merupakan wakil Yayasan Ikhlas di Bangladesh tak benarkan...

" Here not safe... " bagitahu ustaz Sayed pada saya...


Katanya lagi, saya akan ditangkap oleh tentera Bangladesh sekiranya dilihat di dalam kem waktu malam. Saya yang asalnya semangat, terus tertunduk kehampaan...


Tabahlah saudaraku.. Terus kuat... InsyaAllah ada jalan keluar untukmu...


Ketika kami sampai di kem Balukhali 2, Dr Tanwir telah mengumpulkan kesemua saudara Rohingya kita di satu kawasan . Tentera-tentera Bangladesh berada sekitar kawasan itu sambil memerhatikan kami turun dari kenderaan.


Orang-orang Rohingya yang dikumpulkan ada lebih kurang 500 orang, mencangkung menunggu sumbangan dari Yayasan Ikhlas..


Dr Tanwir yang menguruskan sumbangan kepada saudara Rohingya, telah menyediakan ikan kering Laitta. Sumbangan untuk 500 orang Rohingya ini dapat dari orang Jerman.


Ustaz Abdul Rahman selaku ketua misi bantuan kemanusiaan dari Yayasan Ikhlas merasmikan majlis penyampaian makanan ikan kering Laitta kepada saudara Rohingya.

Kenapa ikan kering?

Sebab ikan kering Laitta banyak dalam satu bungkusan dan ia tahan lama. Dr Tanwir beritahu, makanan ni disukai saudara Rohingya kita...




Saya turut mengambil peluang menyampaikan sebahagian ikan kering Laitta ini pada pelarian Rohingya yang baru tiba bulan September 2017...

Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu...


Ketika kami bertentang mata, Saya terbayang penderitaan mereka di Arakan sana, Rumah dan tanah mereka dirampas, Hak mereka sebagai rakyat dinafikan, Isteri dan anak perempuan mereka dirogol, Bayi mereka dibunuh, Perjalanan meredah hutan dan laut ke Bangladesh...


Hati tiba-tiba rasa sebak... Mata tiba-tiba terasa dipenuhi air..


Adakah ikan kering Laitta cukup untuk mereka?

Bagi mereka, ia sangat-sangat bermakna kerana dengannya mereka akan dapat makan dalam beberapa hari.


Bagi kita, mungkin kadang-kadang baru cari ikan kering. Itupun bila teringat kenangan di kampung, makan ikan kering dengan sayur air..


Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus membantu saudara Rohingya kita..

Semoga Allah membuka hati pemimpin Bangladesh untuk memberi keterbukaan kepada saudara Rohingya..


Semoga Allah menghancurkan musuh Islam di Myanmar...

2 views0 comments

NEWS

bottom of page