top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

Kenangan Pilu di Kem Pelarian

Perkongsian dari aktivis kemanusiaan Rohingya, Ustaz Abdul Rahman Iskandar.


Seminggu telah berlalu, namun kenangan pilu di Kem pelarian Rohingya masih menggamit perasaan saya. Terlalu banyak kisah sadis yang sempat saya dengar sendiri dari pelarian dengan bantuan juru bahasa.


Kisah isteri kehilangan suami, suami kehilangan isteri. Ayah kehilangan anak. Anak menjadi yatim piatu kehilangan ayah dan ibu. Meraka nenjadi mangsa kekejaman pengganas Budha 969 dan tentera Myanmar. Ada di antara anak kecil mereka yang rentung kerana dibakar hidup-hidup oleh sami Budha, ada anak gadis yang diperkosa oleh tentera dan kemudian disembelih. Ada isteri yang diperkosa depan suami, ada suami yang disembelih depan ahli keluarga dan berbagai lagi kekejaman terlampau.

Mereka diberi pilihan untuk MURTAD sekiranya mahu selamat. Namun saya difahamkan bahawa sehingga saat ini, tiada orang Arakan atau Rohingya yang sanggup menggadai agama untuk mempertahankan nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Allahu Akbar !


Mereka berserah pada takdir Allah...

0 views0 comments

NEWS

bottom of page