top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

Kepada siapa yang mereka nak harapkan?


Bantuan Kecemasan Kepada Pelarian Rohingya Yang Baru Tiba


Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menggerakkan bantuan kecemasan di sempadan Bangladesh - Myanmar melalui wakil kami (Ustaz Sayed) yang menetap di Cox's Bazar.


Bantuan kecemasan yang dapat kami berikan dalam fasa awal ini ialah bantuan dalam bentuk makanan (beras, kentang, roti, gula), ubat-ubatan ringan, pakaian dan tempat penempatan sementara.


Untuk makluman semua, pelarian Rohingya yang masuk ke sempadan Bangladesh - Myanmar sebenarnya tak sempat bawa barang-barang mereka...


Yayasan Ikhlas dah pernah masuk Kem Kutupalong (salah satu kem daripada 5 kem rohingya), dan kami dapati memang pelarian hanya sempat bawa dalam 2 helai baju mereka, al quran yang terkoyak-koyak, makanan hanya mampu bawa sedikit...

Kepada siapa yang mereka nak harapkan?


Adakah akan ada seperti Sa'ad bin Ar Rabi' yang sanggup memberi separuh harta miliknya kepada Abdul Rahman bin Auf (Muhajirin) pada hari ini untuk umat Islam Rohingya yang berhijrah menyelamatkan aqidah dan nyawa mereka?


Adakah akan ada seperti Saidina Uthman bin Affan yang sanggup membeli perigi dari Yahudi dengan harga yang mahal semata-mata untuk menyediakan keperluan asas air untuk kegunaan umat, pada saudara kita di kem pelarian Rohingya?


Adakah akan ada hari ini seperti Abdurrahman bin Auf yang sanggup menjual tanah miliknya, dan wang yang diterima itu dibahagi-bahagi kepada para fakir miskin dan yang memerlukan bantuan?


Adakah akan ada seperti Thalhah bin Ubaidillah yang sentiasa pening dan takut bila melihat hartanya yang banyak, lalu beliau bertindak sedekahkan kepada mereka yang memerlukan, pada hari ini pada saudara kita Rohingya?


Jika semua yang atas tidak dapat kita lakukan, maka jadilah seperti Ulbah bin Zaid. Seorang yang miskin tetapi tetap bersedekah hanya dengan berdoa...


“Ya Allah, tidak ada yang dapat aku infakkan sebagaimana yang lainnya telah berinfak. Seandainya aku memiliki seperti yang mereka punya, aku akan lakukan untukMu, demi jihad di jalanMu.


Yang aku punya hanya kehormatan, kalau Engkau bisa menerimanya, maka saksikanlah bahwa semua kehormatanku telah aku sedekahkan malam ini untukMu”

Saya mengajak semua untuk bersama Yayasan Ikhlas untuk menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu saudara kita Rohingya di sempadan Bangladesh - Myanmar.


Ya, bantuan kita sekarang ni mungkin kurang memberi kesan yang besar pada mereka, tapi sekurang-kurangnya kita telah berbuat sesuatu untuk membantu mereka, memberi motivasi untuk meneruskan hidup dan memberi keyakinan bahawa umat Islam bersama mereka.


Salurkan sumbangan anda melalui akaun Yayasan Ikhlas CIMB Islamic 8600 601 366 Maybank Islamic 5628 3463 6228


Atau melalui link ini : https://www.billplz.com/saverohingya

Boleh hubungi saya di talian 012-9790211 atau melalui emel di yayasanikhlas2009@gmail.com


Moga Allah beri syurga kepada kita semua. InsyaAllah

2 views0 comments

NEWS

bottom of page