top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

" Kita tak boleh buat apa-apa kat sini. Kalau kat Malaysia, mereka semua ni dah kena... "


Hari kedua di Kem Pelarian Rohingya, saya dan rakan-rakan telah bergabung dengan pasukan doktor yang telah ditugaskan di enam buah kem pelarian Rohingya. Semua doktor-doktor ni adalah doktor perubatan dari kolej perubatan di Chittagong (jarak 4 jam ke Cox's Bazar).


13 doktor perubatan sukarela ini masuk ke dalam enam buah kem membantu umat Islam Rohingya.

Kami dibawa masuk ke dalam empat buah kem sahaja pada hari kedua oleh Dr Muslihuddin, orang Bangladesh. Boleh kata setiap klinik yang dibuka di setiap kem akan dikunjungi lebih kurang 200 orang Rohingya yang sakit untuk terima rawatan..

Ketika kami tiba di Kem Pelarian Gundhum 3, kami dibawa terus ke klinik kesihatan yang dibuka. Ada 3 orang pelajar perubatan perempuan Bangladesh dan seorang lelaki Rohingya yang membantu...


Bahasa Rohingya dan bahasa Bangla ada beberapa perbezaan. Jadi, orang Rohingya yang boleh berbicara bahasa Bangla sangat-sangat diperlukan untuk membantu kelancaran rawatan mereka yang sakit...


Ketika saya sampai di sana, saya lihat ramai orang Rohingya yang sedang duduk menunggu giliran, terutamanya si ibu bersama bayi-bayi mereka, kanak-kanak yang menggigil kesejukan sedangkan pada ketika itu sudah jam 10 pagi...


Sana beza dengan Malaysia. Pagi, petang dan malam sangat-sangat sejuk. Malam boleh capai 8 darjah celcius, pagi dalam 18 darjah celcius..


Bersama saya ada 3 orang doktor yang datang dari Malaysia antaranya ialah Dr Nujaimin Udin. Dr Nujaimin apabila sampai, terus ke arah katil pesakit untuk merawat.

Pesakit pertama yang Dr Nujaimin terima ialah seorang ibu bersama bayinya yang baru 13 hari lahir. Sang ibu menunjuk dengan tangannya ke arah pusat bayi yang hitam..

" Ini ada jangkitan tali pusat (infected umbilical stump), jadi kita kena buang hitam ni dulu, bersihkan kat dalam pusat bayi ni.. " beritahu Doktor pada saya..




Doktor ambil pisau dan beberapa alat.

Saya yang tak tahu apa-apa tentang perubatan, berdiri diam di samping doktor sahaja memerhatikan. Kawasan pusat bayi yang asalnya hitam pekat dibersihkan doktor. Darah mula keluar banyak...


Bayi yang asalnya senyap, tiba-tiba merengek nyaring.. Saya tak dapat tulis bagaimana tangisan bayi tersebut...


Terdetik dalam hati, " doktor salah cabut benda hitam tu ke?.. Kenapa bayi tu menangis..? Allah, tenangkan bayi tu ya Allah... "


Si ibu yang berada di belakang doktor memandang dengan kerisauan yang amat sangat. Saya yang lihat depan mata, bayi tu kena rawat dan dengar tangisan bayi lak tu, saya rasa amat kesian dan tak sanggup lagi lihat..


Saya keluar dari klinik...

Bukan seorang bayi sahaja begini.. Boleh kata semua...


Doktor yang bersama saya selalu kata, " Kat sini kita tak boleh buat apa-apa..


Budak yang demam walau lebih dari 19 hari, kita hanya mampu kasi ubat sahaja. Bayi yang baru lahir, kita mampu rawat sakit dan bengkungkan bayi sahaja...


Kalau kat Malaysia, mereka ini semua kita dah tahan dalam wad... "

2 views0 comments

NEWS

bottom of page