top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

Makan jeli dari rebusan tuala wanita..

Alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya dan rakan-rakan untuk masuk ke dalam 6 buah kem pelarian Rohingya. Kami saksikan depan mata kami sendiri betapa dhaifnya umat Islam Rohingya dan kami sentuh saudara Rohingya kita yang dihalau dari Arakan...


Satu fakta yang perlu kita tahu, kem pelarian Rohingya yang ada sekarang ini sebenarnya adalah hutan dan kawasan gunung atau berbukit, tempat tinggal binatang liar seperti buaya..


Kini ia dah jadi kem pelarian Rohingya.. Bahaya musuh dari Buddha dan tentera Myanmar telah hilang.. Tetapi bahaya binatang buas tetap ada... Ditambah dengan cuaca sejuk malam 8 darjah celcius..


Ketika kami tiba di Kem Pelarian Rohingya Balukhali 2, setelah kami sampaikan sumbangan makanan pada lebih 500 keluarga rohingya, saya dan rakan cuba untuk beri belon kepada kanak-kanak Rohingya..


Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu..

Mereka kerumun berebut di tangan saya..

Saya masih pegang bungkusan belon.. Tangan direntap... Saya tetap kuatkan tangan, tetapi terlepas sedikit..

Ada yang dah dapat belon.. Dimasukkan ke dalam mulut kerana sangka ia adalah makanan..


Allah...

Ketika itu, saya mula lepaskan bungkusan...

Ya, mereka lapar.. Mana tidak lapar, mereka hanya berlegar di kawasan kem sahaja, mengharap simpati orang ramai. Bukan sehari, tetapi setiap hari...


Segala harta ditinggalkan di Arakan, membina kehidupan baru di Bangladesh, tetapi tidak dibenarkan keluar dari kem. Usaha mereka, anak-anak lelaki diajar mencari kayu api, dan anak perempuan duduk rumah sahaja.


Itulah kehidupan seharian mereka..


Daging korban yang kami beri waktu raya Aidiladha itu rupa-rupanya mereka hanya rebus untuk ambil airnya sahaja. Air rebusan daging itu jadi lauk mereka sehinggalah hilang rasa air rebusan, baru daging itu dimakan...


Tuala wanita? Ya, mereka juga makan jeli dari tuala wanita..


Mungkin kita semua pernah tahu dan lihat dengan mata sendiri, yang pampers baby selepas dibuang, dan kena air hujan lalu lembap, pampers akan jadi lembik dan jadi macam jeli..

Ia adalah sama yang berlaku pada semua lampin dan tuala wanita..




Inilah yang berlaku pada saudara kita di Kem Balukhali 2. Sebuah NGO telah sampaikan tuala wanita kepada wanita-wanita Rohingya untuk kegunaan ketika haid, tetapi apa yang mereka buat, mereka rebus tuala wanita tu sampai jadi jeli..


Sebahagian rakan Bangladesh yang ada bersama kami tertawa, dan mengatakan yang orang Rohingya ini tidak berpendidikan..


Tetapi, kami faham akan apa yang saudara Rohingya kita lalui..

Kawasan bukit, penuh pasir, apa lagi yang mereka boleh makan? Pasir?


Bantulah mereka umat Islam kerana mereka sedang berlapar...

2 views0 comments

NEWS

bottom of page