top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

" Saya tak tahu, ayah saya hidup lagi atau tak... "


Saya kongsikan kisah adik Muhammad Zubair yang merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Adik Zubair ini kami temui ketika di kem pelarian Rohingya Balukhali 2.


Saya lupa nak tanya berapa umur dia, tapi tengok macam dalam umur 11 atau 12 tahun.


Adik Muhammad Zubair kongsikan kepada kami, mengenai kisah perjalanan Zubair dan 4 orang adiknya dipimpin ibunya, meredah hutan dari Arakan menuju ke Ukhiya, Cox's Bazar, Bangladesh.


Adik Zubair dan keluarganya berasal dari Maungdaw, Arakan (nama sekarang Rakhine). Saya sengaja tulis nama Arakan, supaya kita tahu Arakan adalah tanah air umat Islam suatu ketika dahulu, dan hari ni ia telah dirampas dan ditukar nama kepada Rakhine.

Kami bertanya kepada adik Zubair, " Bila Zubair dan adik beradik serta mak sampai sini? "

" Masa hari raya aidiladha tahun 2017..." beritahu Zubair kepada kami..


Maksudnya baru 4 bulan Zubair berada di kem pelarian..

Kami pelik juga, kenapa dia tak sebut pasal ayah dia ke sini. Sebab dia sebut, dia dengan mak sahaja. Kami cuba bertanya, " Di mana ayah Zubair? Kenapa dia tak ikut sekali ke sini? "


Adik Zubair dengan tenang memberitahu, " ayah saya sekarang di Myanmar. Saya tak tahu ayah saya hidup lagi atau tak... "


Perbualan kami dibantu oleh Ustaz Sayed yang boleh berbicara bahasa Rohingya, sebab Ustaz Sayed yang merupakan wakil Yayasan Ikhlas di Bangladesh ialah orang Rohingya..


Satu fakta lagi yang perlu kita maklum, bahasa Rohingya dan bahasa Bangladesh ada perbezaan. Bagi orang Bangladesh yang tinggal area Chittagong sehingga Teknaf, bahasa mereka ada persamaan sedikit dengan bahasa Rohingya...


Zubair kongsikan kepada kami lagi, " Kami lari sebab rumah kami dibakar. Ayah suruh kami lari dengan mak.

Ramai orang dibunuh di sana... "


Ini adalah satu kisah dari seorang budak lelaki 11 tahun, Muhammad Zubair. Dan kisah ini bukan hanya berlaku pada seorang, tapi boleh kata semua kanak-kanak Rohingya...

Dari kecil mereka sudah menderita... Berjalan lebih dari 2 minggu di dalam hutan... Kadang-kadang berhenti menyorok supaya tidak dilihat askar... Jika askar Myanmar ternampak, mereka akan ditembak...


Bayangkan jika kita di tempat mereka...

Bayangkan sang ayah memberi pesan akhir pada anaknya, " Anakku, bantu mak kamu ni. Bawa adik-adik dan mak kamu ke tempat selamat...

Jangan risaukan ayah di sini...


Ayah akan terus berjuang pertahankan hak kita, tanah air kita Arakan...


Pergilah anakku... "

2 views0 comments

NEWS

bottom of page