top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

" Syafiq, di atas bukit sana ada orang Rohingya yang baru sampai tadi... "

Perkongsian Aktiviti Kemanusiaan Rohingya, Saudara Syafiq Syahmi Sazali


Ustaz Sayed, wakil Yayasan Ikhlas di Kem Pelarian Rohingya memberi teks whatsapp kepada saya pada jam 2 petang, tapi saya tak dapat buka sebab tak beli sim kad dan ambil data plan internet Bangladesh. Mengharap rakan buka hotspot, baru dapat lah internet...


Ustaz Sayed mencuba untuk call saya melalui aplikasi whatsapp, tetap sama jawapannya. Panggilan tidak sampai kepada saya...


Pada jam 2 petang itu, saya dan rakan-rakan lain sedang berada di kem pelarian yang dikatakan paling besar iaitu di Kem Pelarian Jamtoli..


Saya lihat di sini, kem pelarian Jamtoli dah dibahagikan kepada beberapa blok. Ada Blok A sampai Blok G dari pemerhatian saya...


Ditengah-tengah kem pelarian antara blok-blok, ada lebih kurang 4 buah klinik yang dibuka oleh Kolej Perubatan dari Chittagong. Setiap klinik, ada hampir 100 orang menunggu giliran untuk menerima rawatan..


Dengan kekuatan doktor 2 orang di setiap klinik, itu pasti sangat-sangat memenatkan. Moga Allah yang maha kuat beri kekuatan dan semangat kepada doktor yang berkhidmat di kem pelarian...


Ustaz Sayed yang ketika itu berada di Kem Pelarian Balukhali 3 terus membuat panggilan kepada kami untuk terus berada di sana untuk bertemu orang Rohingya yang baru sampai...

Apabila panggilan tidak diangkat, Ustaz Sayed meneruskan kerjanya dengan membantu pengurusan Rohingya yang baru sampai dengan tentera Bangladesh..


Selepas perbincangan, tentera Bangladesh telah membenarkan dibuat penempatan di atas satu bukit yang masih lagi kosong, satu bukit yang penuh dengan pasir...


Alhamdulillah, mereka telah dapat tempat untuk menetap. Tapi mereka tiada sumber untuk membina rumah pula. Rumah ringkas sahaja, kosong, ditegakkan dengan beberapa kayu buluh dan ditutup sama ada dengan plastik sampah atau kanvas...


Mungkin kayu buluh itu mereka boleh dapat, tapi plastik itu pula perlu dibeli. Dengan duit tiada, mereka mengharapkan simpati Ustaz Sayed untuk membantu mereka...


Kami yang baru selesai urusan di kem pelarian Jamtoli jam 3.30 petang, kami bergegas pula menuju ke Kem Balukhali 3, tempat di mana Ustaz Sayed berada...

Alhamdulillah, kami sampai kat sana selepas meredah bukit tinggi. Kalau yang tak mahir lagi bawa kereta, memang akan terjatuh gaung-gaung tepi...

Sangat-sangat mencabar perjalanan dengan penuh pasir di atas bukit. Kadang-kadang penglihatan cermin depan kereta kabur sebab ditutupi kabus pasir...


Itulah tempat kem pelarian saudara kita Rohingya..

Mereka tak minta hidup mewah... Cukup beri mereka peluang untuk selamatkan diri dari musuh...


Sampai-sampai di kem pelarian Balukhali 3, Ustaz Sayed tanya, " Syafiq, you do not read my text whatsapp? "


" Allah, I do not have internet Ustaz. Sorry ustaz... " jawab saya.


" Di atas bukit sana ada orang Rohingya yang baru sampai tadi... Lepas kita buat penyerahan sini, kita pergi jumpa mereka... " bagitahu Ustaz Sayed.


Ustaz Sayed cakap dalam bahasa english, saya translate ke bahasa melayu untuk kita mudah faham..



Di sini, kami telah jalankan penyerahan selimut dan pek makanan kepada 200 keluarga. Satu pek makanan berharga RM 50, di mana dalamnya ada makanan asas beras, bawang, kentang, tepung dan lain-lain...


Selesai penyerahan, kami pergi lihat beberapa telaga tiub (tubewell) yang kita hantar sebelum ni...


Jam 5.30 petang.. Keadaan makin gelap..

Kat sini, jam 6 petang dah gelap. Kalau kat Malaysia, macam kul 7 petang..


Ustaz Sayed tunjuk satu bukit, " We need to walk to that hill. Car can't go there... "


Setiap hari akan datang pelarian Rohingya baru di kem pelarian


Saya lihat ia agak jauh. Dan saya dan rakan-rakan berbincang sama ada nak pergi atau tak...

Kalau saya sendiri sahaja di sana, saya dah pergi, tapi bila dengan team, kita kena ikut keputusan sepakat. Akhirnya, kami buat keputusan untuk terus keluar dari kem pelarian, kerana keadaan dah hampir malam, bahaya untuk kami...


Dalam kereta, Ustaz Sayed menceritakan segalanya berkenaan pengurusan yang beliau buat untuk pelarian Rohingya yang baru tiba tadi..


Dari cerita Ustaz Sayed, lebih kurang 40 hingga 50 keluarga datang dari Arakan, dan sampai tadi, dan memerlukan bantuan Yayasan Ikhlas untuk buat khemah (rumah) bagi jadi tempat tinggal mereka...


Saya cuba membayangkan suasana umat Islam di zaman Nabi Muhammad yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Bagaimana umat Islam Ansar sanggup memberi kemudahan asas rumah, makanan kepada saudara Muhajirin mereka, sedangkan ada di antara mereka bukanlah orang yang senang...


Apa yang membuatkan mereka sanggup berkongsi apa yang ada?

Mungkin jawapannya ialah IMAN..

Kerana umat Islam Ansar tahu Muhajirin adalah saudara Islam.. Dan mereka beriman dengan kalimah yang sama...

0 views0 comments

NEWS

bottom of page