top of page
Search
  • Writer's pictureSSS

Yayasan Ikhlas telah bantu Rohingya RM 239,500.00

Bantuan kepada pelarian Rohingya ini telah bermula 26 Disember 2016 sehingga hari ini. Jumlah sumbangan RM 239,500 adalah kemaskini sumbangan sehingga 12 Februari 2018.


Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas mengambil inisiatif dengan menjalankan " Humanitarian Aid For Rohingya " bagi menyampaikan bantuan sekadar yang termampu dengan hasil kutipan rakyat Malaysia. Yayasan Ikhlas berharap agar usaha ini dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.


Setakat hari ini, Yayasan Ikhlas telah salurkan sumbangan kepada pelarian Rohingya sejak dari 26 Disember 2016 seperti berikut :

• Sumbangan selimut ketika musim sejuk kepada 510 keluarga • Pembinaan telaga tiub (tubewell) sebanyak 57 unit • Pembinaan satu bangunan madrasah anak-anak Rohingya • Pembinaan satu masjid Al Ikhlas 01 di kem Balukhali 1 • Sumbangan makanan iftar dan sahur 29 hari dalam Ramadhan di lima kawasan • Sumbangan baju kepada 100 anak-anak Rohingya dan 200 orang dewasa • Ibadah korban sebanyak 10 ekor pada Aidiladha 2017 • Sumbangan pek makanan RM 50 kepada lebih 2000 keluarga


Peduli & Prihatin

Sumbangan dari mereka yang PEDULI & PRIHATIN akan nasib bangsa Rohingya ini amat kami harapkan bagi menjayakan agenda ini.


Bantuan kepada pelarian Rohingya akan diteruskan Yayasan Ikhlas, dan disusun kepada 3 bentuk bantuan. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 956,100.00 :

1. Bantuan keperluan asas

2. Pembangunan Pendidikan Rohingya

3. Pembinaan Kampung Terancang


Sumbangan anda amat kami harapkan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Yayasan Ikhlas, 8600 601 366 (CIMB) 5628 3463 6228 (Maybank) 1108 0100 1514 (Bank Rakyat)


Orang ramai juga boleh menyumbang melalui dalam talian di https://www.billplz.com/saverohingya atau menghubungi terus 012-9790211, atau melalui emel di yayasanikhlas2009@gmail.com

6 views0 comments

NEWS

bottom of page